Pakat2

Semasa duduk makan tengah hari digerai sekejap tadi hati tergerak:

 

- Setiap gerai makan mesti perlukan kertas tissu.

- Entah berapa kotaklah dipakai sehari.

 

Dari keadaan itu

- apa kata kalau setiap gerai mencarum dan hidupkan satu kilang tisu!

Maka selepas itu tidaklah lagi kita bergantung pada kafir sahaja untuk membekal barang tersebut.

Dan dari situ juga orang islam sudah ada perusahaan sendiri diusahakan oleh orang islam untuk orang islam.

Habis!

Guna semula

Rasa2 kita kena buat sesuatu.

 

1. Air lepas wudu'

Di masjid atau surau air yang telah digunakan untuk wuduk akan disalurkan keparit untuk dibuang begitu sahaja. Apa kata kalau air itu dikumpul atau disalurkan kepokok2 yang memang tanah disekeliling masjid/surau. Ada mamfaatnya daripada dibuang begitu sahaja?

 

Bolehkah seseorang keluarkan idea bagaimana ia boleh di salurkan untuk fungsi menyiram pokok!

Alquran

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
 

Baca alquran setiap hari memang perlu digalakkan bagi setiap orang islam. Sebab boleh lancarkan bacaan. Tidak lagi merangkak2.

Ilmu

S1. Ilmu itu apa?
J1. Ilmu itu agak luas jika hendak dihuraikan. Tetapi untuk peringkat ini mari kita bermula dengan yang mudah sahaja.  Atau sebelum itu cuba kita tinjau sebentar perkara.

Contoh:

S1a. Adalah bahan2 yang dipaparkan dalam web ini mengandungi ilmu?
J1a. Secara ringkas - sedikit sahaja. Kebanyakannya hanya disentuh dipermukaan sahaja. Tetapi kalau kita hendak ia sepatutnya ada:
- latarbelakang
- prinsip
- perbincangan
- perkembangan selepas itu.

Eh ini macam tulis repot!

Apa beza bateri dengan elektrik rumah

Sekarang mungkin kita terfikir.

S1. Apakah perbezaan bateri dengan elektrik rumah?
J1. Oh oh. Secara mudah cuba fikirkan begini sahaja:
- Bateri adalah kuasa/power yang boleh bawa kemana2 - portable
- Elektrik rumah kena ada wayer mengikut kita kemana2 apabila hendak dipakai. Semacam handphone - mana ada wayer - boleh disamakan dengan bateri!

Tetapi telefon rumah - siap dengan wayer terlekat padanya. Panjang wayer itulah menghadkan jarak kemana ia boleh ditarik.

Sedikit perumpamaan v, i dan p

Untuk memahami elektrik dari bateri mungkin agak menyusahkan pemikiran untuk difahami. Tetapi berilah peluang kepada diri sendiri untuk cuba memahaminya sebolehnya. Jika tidak faham juga tiada mengapa. Hanya ingat sahaja:

 

v = voltan/voltage [volt]

i = arus/current [amp]

p = kuasa/pwer [watt]

 

Selanjutnya mari kita terus ke link ini dan cuba fahamkan sedapat boleh.

 

Enjoy!

Apa ada dengan bateri

Sekarang kita tahu

- bateri adalah kuasa/power elektrik, Ia boleh diangkat kesana-sini - portable.

- biasanya bateri dituliskan apakan voltan/voltage nya. dari 1.5v, 9v, 12v dsb

- ada saiz besar, ada saiz kecil. Ini juga menunjukkan berapa kuasa/power yang ia punyai

Perbincangan:

S1. Bateri kereta mengapa besar?

J1. Bateri kereta mempunyai kuasa/power lebih besar dari bateri kecil. Itu logiklah. Lagi besar lagi besar kuasa/power-nya

 

Pages