Format laptop Dell Inspiron 640m

Hmm.. baru dpt laptop ni semlm.. masalahnya dpt mlm so maleh nak check mlmnya.. wahwahwahhhh.. so ni dah siang.. masa untuk check apa masalah laptop ni.. katanya lepas install printer driver terus gelap laptop ni xmo idup.. hmm.. muskil.. tapi boleh jadi gak.. kadang2 tu mcm tu la.. OS sengal.. sabor je la.. apa2 pun gambar bawah ni la gambar laptop dia.. zasss..

Syukur!

Kita perlu lebih rational! Kerana apa?

Perhatikan senario ini.

1. Masalah menimpa kita. Tiba2 disamping itu tanpa dijangka kita dapati ada sahaja perkara2 yang mirip2 kepada masalah muncul didepan kita tanpa kita minta. Ada contoh yang seperti memberi gambaran sahaja. Ada juga yang seakan2 memberikan beberapa hukum. 

Dalam keadaan seperti ini perlulah kita mengambil yang baik sahaja. Bersyukur banyak2. Kita andaikan inilah gambaran yang Allah kurniakan kepada kita.

Bersih

Bolehkah kita amalkan satu perbuatan yang paling mudah.

1. Bawa plastik kecil kemana kita pergi

S1. Apa tujuannya?
J1. Apabila ternampak sampah dimana2 ditempat dimasjid, ditempat awam dlnya ... kita masukkan sampah tadi dalam plastik kita dan buangkan ditempat sampah.

Wallahu'a lam

Tukar atau repair?

S1. Bilik air saya bersebelahan bilik tidur. Memang inilah yang sudah jadi standard zaman ini.

Yang menjadi masalah saya ialah:
Sekali sekala saya terdengar paip air mengeluarkan airnya dengan tiba2. Nasib baik saya ada letakkan baldi dibawahnya. Kalau tidak! Sayang! Membazir air tu.

Soalnya apa mesti buat? Repair atau ganti?

J1. Aduh! Soalan awak pendek saja tapi siap dengan intro sekali!
S2. Ialah saya rasa nanti awak tak perlulah soal saya entah apa2 lagi yang saya tak faham.

Rukun

S1. Rukun itu apa?
J1. Rukun - itu bahasa arab! Maknanya - corner/sudut. 

Macam kalau kita pergi ke Makkah. 
DiK'abah ada hajar aswad. Batu hitam ini dilekatkan betul2 pada corner yang dinamakan tempat itu 'rukun hajar aswad'.

S2. Apasal orang kata rukun/corner/sudut islam? Tak pula kata prinsip ke tiang ke atau perkataan lain pasal dia tu 'teras' islam?

Rukun islam

S1: Engkau tahukah apa dia rukun islam?
J1: Ai! Rukun islam ada 5:

1. mengucap
2. sembahyang
3. puasa
4. zakat
5. haji

S2. Oo alhamdulillah bagus!
J2. Alhamdulillah juga kerana allah masih lagi memberi ingatan kepada kita. Kalaulah satu hari nanti ditariknya macam mana? Masa itu pula markah diri sebelum masuk kubur belum mencapai tahaf yang boleh melepaskan diri dari neraka. Apa nak jadi? 

Ya allah berilah ilmu yang manfaat kepada kami semua - ami n ya rabbal 'a lami n

Bahasa arab dengan cara terjemahan alquran

Oleh kerana jika kita belajar bahasa arab mengikut cara kaedah tata-bahasa - bilakah kita hendak jumpa perkataan2 yang digunakan didalam alquran.

Memandangkan masa pun agak suntuk apa kata kita terus ambil alquran untuk dijadikan panduan pelajaran kita.

Untuk terus belajar marilah ikuti link ini

Ya allah berilah kekuatan untuk mempelajari alquran ini - amin

Celoteh - Penyiaran TV

S1: Bolehkan tolong ceritakan semudah2nya tentang penyiaran sistem TV?
J1: Lebih kurang begini ya:

Pada satu masa dahulu stesen TV 
- akan membina "pemancar/trnsmitter" TV bagi sesiapa yang ingin menerima siarannya.
- penerima mesti ada ariel
- jauhnya penerima dari pemancar bergantung pada kekuatan pemancar dan "line of sight" 

Apabila teknologi bertambah baik
- pemancar diletakkan pada satelit
- jadi "line of sight" penerima bertambah luas dari "pemancar" yang duduk diatas bukit2 sahaja

Celoteh - Dreambox atau Astro

S1: Sebenarnya apakah perbezaan antara sistem Astro dan sistem Dreambox?
J1: Secara kasar tiada beza. 

S2: Apasal bagitu!
J2: Untuk menjawabnya 
- kenalah kita fahami setiap fungsi pada setiap sistem.

Mula:
Sistem Astro

- Astro memberi perkhidmatan siaran TV
- berbagai program pula disiarkan "serentak"
- setiap proram pula dikenakan yuran untuk melihatnya
- banyak program yang hendak dilihat banyaklah yurannya
- setelah membayar yuran "key/kunci" akan diberi untuk melihat program yang telah "encrypt"

Pages