Bukit Safa dan Marwah
Submitted by tokchuk on Tue, 11/22/2022 - 09:34Rupa Bukit Safa
UMRAH
Setelah berada diMekah dan telah berehat kerjakanlah ibadat umrah.
Caranya:
Pergi ketanah halal sama ada keJa'ranah atau Tana'im.
Niat ihram dari sana. Balik keMekah tawaf, saie dan tahlul. Selesai - dapat 1 umrah.
Bagi mereka yang belum pernah umrah, itulah umrah wajib dan buat lagi umrah banyak2 kali ikut kemampuan masing2
Rajah 1 dibawah menunjukkan kedudukan Kaabah
Saie
Syarat
1. Dimulai kali pertama dibukit Safa. Begitu pun juga pada kali ke-3, ke-5 dan ke-7.
2. Pada kali ke-2 dimualai di Bukit Marwah. Dan begitu juga pada kali ke-4 dn ke-6
3. 7 kali dengan yakin. Pengiraan adalah dari Safa ke Maruah dikira satu, begitu juga dari Marwah ke Safa satu lagi
4. Dilakukan sesudah tawaf rukun atau tawaf qudum
5. Memutuskan segala tempat saie dengan perjalanan antara Safa dan Maruah
6. Jangan mengqasadkan saie selain daripadanya.
Perkara2 haram dengan sebab ihram
Terbahagi kepada 3 bahagian:
1. Perkara yang diharamkan atas perempuan sahaja iaitu :
* menutup muka. Tetapi dimaafkan menutup sedikit daripada had muka
2. Perkara yang diharamkan atas lelaki sahaja iaitu:
a. menutup kepala
b. memakai sesuatu yang bersarung [menyarungkan sesuatu]
3. Perkara yang diharamkan atas lelaki dan perempuan iaitu:
a. memakai sarung tangan
b. memakai wangi2an
c. memakai minyak pada:
i. rambut kepala
ii. janggut
Tempat2 mustajab diMakkah
Telah berkata Alhassan alBasri semulia2 tabi'in, bahawa tempat mustajab berdoa pada tanah haram Makkah iaitu pada 15 tempat. Daritu ambillah peluang berdoa besungguh2 padanya
Nama tempat - Waktunya
1. Semasa tawaf - tiap2 masa
2. DiMultazam - tengah malam
3. Dibawah pancur emas - waktu sahur
4. Dalam Kaabah - Asar
5. Disisi Zamzam - tenggelam matahari
Amalan semasa berangkat kelapangan terbang
1. Sembahyang sunat musafir
2. Istighfar dan berdoa
3. Baca ayat2 berikut:
a. Surah al-ikhlas 3 x
Cara sembahyang jama' dan qasar
Dalam perjalanan melebihi 2 marhalah kita diharuskan sembahyang jama' dan qasar.
Sembahyang yang terlibat ialah:
Zohor [2 rakaat] dengan Asar [2 rakaat]
Maghrib [3 rakaat] dengan Isya'[2 rakaat]
Cara sembahyang qasar [pendek]
1. Niat: Sahaja aku sembahyang fardhu zohor 2 rakaat qasar [menjadi imam/ma'mum] kerana allah taala.
2. Terus lakukan sembahyang seperti biasa sebanyak 2 rakaat sahaja.
Tetapi biasanya elok dilakukan sembahyang jama' dan qasar.
Amalan2 sebelum dan selepasnya ke Mekah dan Madinah
Dibawah ini dinyatakan serba ringkas untuk diambil perhatian dan diamalkan oleh para jemaah supaya benar2 merasa puas hati.
1. Tentukan kita terus sembahyang berjemaah dimulai dari pergi hinggalah balik seterusnya hingga bila2 masa, diMadinah, diMakkah atau ditanah air.
2. Lakukan sembahyang sunat qabliah dan ba'diah
a. * 2 rakaat dahulu daripada zohor - * 2 rakaat kemudian daripada zohor
b. 2 rakaat dahulu daripada zohor - 2 rakaat kemudian daripada zohor
Beberapa Jenis Sembahyang sunat
1. Sunat wudhu' - 2 rakaat - selepas mengambil wudhu'
2. Tahyatul masjid - 2 rakaat - apabila masuk masjid
3. Ishra' - 2 rakaat - apabila matahari naik segalah
4. Dhuha - 2 ~ 12 rakaat - selepas matahari naik segalah
5. Awabin/istiharah - 6 rakaat - selepas sembahyang fardhu maghrib
6. Witir - 3 ~ 11 - selepas sembahyang isha'
7. Tahjud 2 ~ 12 - selepas tengah malam selepas tidur
8. Tasbih - 4 rakaat - siang [kecuali waktu yang diharamkan] atau malam
9. Mutlak - tiada had
Copyright © 2026, Welcome to DinoBytes Official site
