tokchuk's blog

Nota: Saie

Saie

Syarat

1. Dimulai kali pertama dibukit Safa. Begitu pun juga pada kali ke-3, ke-5 dan ke-7.

2. Pada kali ke-2 dimualai di Bukit Marwah. Dan begitu juga pada kali ke-4 dn ke-6

3. 7 kali dengan yakin. Pengiraan adalah dari Safa ke Maruah dikira satu, begitu juga dari Marwah ke Safa satu lagi

4. Dilakukan sesudah tawaf rukun atau tawaf qudum

5. Memutuskan segala tempat saie dengan perjalanan antara Safa dan Maruah

6. Jangan mengqasadkan saie selain daripadanya.

Larangan dalam ihram

Perkara2 haram dengan sebab ihram

Terbahagi kepada 3 bahagian:

1. Perkara yang diharamkan atas perempuan sahaja iaitu :
* menutup muka. Tetapi dimaafkan menutup sedikit daripada had muka

2. Perkara yang diharamkan atas lelaki sahaja iaitu:
a. menutup kepala
b. memakai sesuatu yang bersarung [menyarungkan sesuatu]

3. Perkara yang diharamkan atas lelaki dan perempuan iaitu:
a. memakai sarung tangan
b. memakai wangi2an
c. memakai minyak pada:
i. rambut kepala
ii. janggut

Tempat2 mustajab diMakkah

Tempat2 mustajab diMakkah

Telah berkata Alhassan alBasri semulia2 tabi'in, bahawa tempat mustajab berdoa pada tanah haram Makkah iaitu pada 15 tempat. Daritu ambillah peluang berdoa besungguh2 padanya

Nama tempat - Waktunya

1. Semasa tawaf - tiap2 masa
2. DiMultazam - tengah malam
3. Dibawah pancur emas - waktu sahur
4. Dalam Kaabah - Asar

5. Disisi Zamzam - tenggelam matahari

Cara sembahyang jama' dan qasar

Cara sembahyang jama' dan qasar

Dalam perjalanan melebihi 2 marhalah kita diharuskan sembahyang jama' dan qasar.

Sembahyang yang terlibat ialah:
Zohor [2 rakaat] dengan Asar [2 rakaat]
Maghrib [3 rakaat] dengan Isya'[2 rakaat]

Cara sembahyang qasar [pendek]

1. Niat: Sahaja aku sembahyang fardhu zohor 2 rakaat qasar [menjadi imam/ma'mum] kerana allah taala.
2. Terus lakukan sembahyang seperti biasa sebanyak 2 rakaat sahaja.

Tetapi biasanya elok dilakukan sembahyang jama' dan qasar.

Sembahyang sunat yang mengiringi sembahyang fardhu

Amalan2 sebelum dan selepasnya ke Mekah dan Madinah


Dibawah ini dinyatakan serba ringkas untuk diambil perhatian dan diamalkan oleh para jemaah supaya benar2 merasa puas hati.

1. Tentukan kita terus sembahyang berjemaah dimulai dari pergi hinggalah balik seterusnya hingga bila2 masa, diMadinah, diMakkah atau ditanah air.

2. Lakukan sembahyang sunat qabliah dan ba'diah

a. * 2 rakaat dahulu daripada zohor - * 2 rakaat kemudian daripada zohor
b. 2 rakaat dahulu daripada zohor - 2 rakaat kemudian daripada zohor

Beberapa Jenis Sembahyang sunat

Beberapa Jenis Sembahyang sunat

1. Sunat wudhu' - 2 rakaat - selepas mengambil wudhu'
2. Tahyatul masjid - 2 rakaat - apabila masuk masjid
3. Ishra' - 2 rakaat - apabila matahari naik segalah
4. Dhuha - 2 ~ 12 rakaat - selepas matahari naik segalah
5. Awabin/istiharah - 6 rakaat - selepas sembahyang fardhu maghrib
6. Witir - 3 ~ 11 - selepas sembahyang isha'
7. Tahjud 2 ~ 12 - selepas tengah malam selepas tidur
8. Tasbih - 4 rakaat - siang [kecuali waktu yang diharamkan] atau malam
9. Mutlak - tiada had

Solah dalam perjalanan

Solah dalam perjalanan

Solat di atas kapal, kapal terbang, kereta api dan sebagainya

Solah boleh dilakukan di atas kapal laut, kapal terbang, kereta api dan seumpamanya. Tidak ada halangan untuk berbuat demikian berdasarkan hadis daripada Ibn Umar bermaksud: “Nabi Muhammad ditanya orang mengenai solah di atas kapal, maka Baginda bersabda: Solahlah dengan berdiri kecuali jika takut akan karam."

Hadis ini bermaksud jika boleh solahlah dengan berdiri, jika tidak boleh duduk, kalau terpaksa boleh dengan berbaring.

Bercukur atau bergunting

Bercukur atau bergunting

Syarat

Menghilangkan 3 helai rambut kepala sekalipun hujung rambut. Memadai dihilangkan dengan dicabut atau dibakar atau digunting atau dicukur.

Orang yang berihram yang telah selesai mengerjakan tawaf dan saie dibolehkan bercukur/bergunting dengan sendirinya

Adapun pada mazhab Hanafi yang wajib pada bercukur itu ialah 1/4 daripada rambut kepala

Dan pada bergunting itu iaitu sekadar mengunting hujung rambut kepala jua


Perkara yang Sunat

Pages