bertunang - fotografi

Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
 
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
 
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
 
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
 
Mari kita tengok balik senarai kerja2 yang akan dibuat semasa majlis kahwin:
1. merisik
2. bertunang
3. nikah
4. kenduri
5. beranak
 
Man: Hohoho...Kita telah bercakap pasal no1. Disini kita kata: 
- tak perlu le pakai kamera beso pun. 
Sebab gambo2nya banyak yang hanya gambo2 candid aje. Jadi kamera candid mana ke yang sesuai? Rasanya kamera kecil je. Handphone pun boleh. Atau Gopro yang disembunyikan pun boleh. Supaya tak mengkeranahkan orang yang terlibat.
 
Wak: Ye. Untuk step no:1 tu. Hanya kerja berborak2 antara dua pihak je. Mungkin gambo2 close-up ketika berbincang tu boleh diambil. Yang ini tak perlu candid sangat.
 
Man: Sekarang wak! Mari kita pergi pulak ke step yang ke-2.
 
Wak: Bila sebut aje majlis bertunang. Yang aku tahu. Ada orang suka. Ada orang yang tak hendak. Jimat katanya. Bila step ini tak ada. Lega le engko. 
 
Man: Ok! Kata le majlis ini ada.
 
Wak: Hah! Kalo majlis ini ada. Maka perkara2 ini kena ambik tahu:
1. Meriah ke majlis itu nanti?
 
Man: Pasal? Kalo meriah apa jadi?
 
Wak: Banyak perkara kena ambik tahu. Sebab perkara2 pentingnya kena ambik gambo buat kenangan!
 
Man: Contohnya?
 
Wak: Contohnya seperti:
1. Ada 2 rombangan engko kena kenal
a. pihak lelaki
b. pihak perempuan
Kalo nak kenal ke-dua2nya. Patutnya setiap pihak akan pakai baju ikut tema masing2
2. Ada nanti barang2 hadiah daripada ke-dua2 pihak tu pulak. Berapakah bilangannya tiap2 pihak?
3. Ramai juga orang sekarang dah mula menyediakan kerusi seperti pelamin untuk upacara sarung cincin
4. Tak kurang juga lepas tu bakal pengantin pun disandingkan
 
Man: Apa2 benda yang hendak diambil gambo tu wak?
 
Wak: Dari list yang aku kata tadi. Banyak le benda2 yang patut atau boleh diambil. Pendeknya. Ambil aje le ikut suka engko.
 
Man: Seperti?
 
Wak: Seperti muka2 bakal pengantin tu patut ambil.
- ambil le gambo potrait mereka tu
kemudian:
- kalo hadiah2 dari 2 belah pihak tu cantik2. Apa salah engo ambik juga. Sama ada bersusun. atau satu2.
- saat wakil pihak lelaki menyarungkan cincin pada bakal bini dia
- rupa cicin tu kalo cantek
Pada biasanya majlis ini berlaku di pihak perempuan.
- Jangan lupa ambik muka emak-bapanya.
- Adik beradiknya.
- Sedara2nya.
- Kawan2nya kalo ada. 
 
Man: Nak ambik semuanya ke wak?
 
Wak: Nak ambik semuanya pun boleh. Tapi kalo engko pilih orang2 yang cantik2 pun boleh juga. Terpulang le pada engko. Celah2 tu entah2 ada pula yang suka memperagakan pakaiannya macam model fashion show. Kalo cantek ambik. Kalo muka tak cantek. Pandai2 le ambik dari angle yang sesuai.
 
Man: Tapi time sekarang ni ambil gambo banyak2 pun tak ada hal kan wak!
 
Wak: Haah. Tapi masa engko nak buat album. Terpigau2 juga engkodibuatnya semasa nak pilih buat album.
 
Man: Ok! Pendekkan ceritanya le wak?
 
Wak: Bila ambik gambo  majlis ini. Pastikan gambo2 yang engko ambik tu boleh buat cerita.
 
Man: Leh. Ada cerita pulak ke wak. 
 
Wak: Eleh. Macam ada sequence atau susunan yang engko fikirkan sesuai. Macam:
- kalo orang tanya. Berapa banyak hadiah kedua2 belah pihak beri? Kalo engko ada gambonya. Hah ini dia!.
- mana rupa emak-bapaknya belah perempuan?
- mana rupa wakil belah lelaki atau emak-bapaknya pun ada?
dan lain2 soalan yang engko fikirkan penting dan ada jawapannya berupa gambo2
 
Man:Ok! Panjang juga nak fikir.
 
Wak: Kalo pertama kali engko nak bermula. Memang le banyak perkar kena ingat. Tapi bila dah selalu. Dia datang dengan sendirinya. Tapi kena juga buatkan listnya. Supaya tak terlupa.
 
Man: Ok
 
Wak: Sambil2 itu. Semasa senang2 begini. Aku fikir:
Bagus juga engko study mana2 gambo yang cantik2 tu. Cari apa yang menjadikan menarik. Kemudian engko applykan  pada gambo2 yang engko pulak ambik. Maka jadi le stail engko pulak.
 
Man: Hah. Dah kena belajo copy cara orang lain pulak ke wak?. 
 
Wak: Tak le copy betul2. Tapi cuma study. Ambik teknik yang orang alin buat aje.
 
Man: Ok wak.
 
Wak: Kalo gitu bio kita stop di sin dulu ye... 
 
أستغفر الله العظيم
aku mohon ampun dari Allah yang agong
 
لا حولا ولا قوة الا بالله
tiada kekuatan melainkan Allah
 
سبحان الله
- maha suci Allah
 
والحمدلله
- pujian kepada Allah
 
ولا إله إلا الله
- tiada tuhan menlainkan Allah
 
والله أكبر
- Allah amat besar
 
والله أعلم
- dan Allaah lebih mengetahui
 
إلى اللقاء
- sehingga bertemu lagi
 
Categories: