Persediaan awal - fotografi
Submitted by tokchuk on Thu, 09/24/2020 - 14:38
Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
Man: Wak! Saya nak tanya sikit pada wak le. Nak kan pandangan wak pulak.
Wak: Apa bendanya tu?
Man: Gini le wak. Saya nak ambil gambo kawin. Apa saya mesti buat?
WaK: الحمدلله
Nak kawin juga le ye engko! Semoga berbahagia le engko sampai akhirat. Kan nabi pun suruh kawin. Kerana dapat menambahkan umat islam.
Man: Bukan saya yang nak kawin wak! Tapi! Saya yang nak suka2 ambik gambo orang kawin. Itu je.
Wak: Leh! Ingat aku engko dah dapat calon. Kawin le. Kalo engko kawin. Kena orang lain pulak yang ambil gambo engko. Logiknya gitu. Takkan sempat engko nak ambik gambor sendiri. Nak selfie memanjang? Gantung kamera atas baru. Lepas tu dalam2 majlis. Terlari sana-sini macam beruk. Ini kawin ke apa? Eheheh!
Man: Heheheh!
Wak: Aku nak tanya! Engko nakkan movie ke atau still? Kalo movie ambik pakai camcorder! Kalo still pakai DSLR.
Man: Mana baik wak?
Wak: Dua2 pun ok! Movie nampak le gerak-geri orangnya. Ada suara lagi. Macam wayang pulak.
Man: Movie kena pandai bercerita. Pandai edit lagi. Baru macam wayang.
Wak. Still pun kena edit juga. Kena susunkan jalan ceritanya.
Man: Ok le saya pakai still. Edit tak banyak. Crop2 je. Boleh print. Jadi album kawin.
Wak: Ingat le kerja kawin ni ada banyak peringkat engko kena fikir.
1. merisik
2. bertunang
3. nikah
4. kenduri
5. beranak
Engko kena ingat2 le apa keperluan setiap majlis tu.
Man: Wah macam ini nak jadi cerita berjela2 le wak!
Wak: Kena tengok begitu. Pasal kamera still yang nak digunakan kena sesuai dengan keadaannya!
Man: mmmmm....kalo gitu kita sambung kemudian le wak!
Wak: Ye
أستغفر الله العظيم
aku mohon ampun dari Allah yang agong
لا حولا ولا قوة الا بالله
tiada kekuatan melainkan Allah
سبحان الله
- maha suci Allah
والحمدلله
- pujian kepada Allah
ولا إله إلا الله
- tiada tuhan menlainkan Allah
والله أكبر
- Allah amat besar
والله أعلم
- dan Allaah lebih mengetahui
إلى اللقاء
- sehingga bertemu lagi
Bahagian sebelum ini: https://dinobytes.info/v2/node/3020
Categories:
