Kenduri kahwin - fotografi
Submitted by tokchuk on Thu, 10/15/2020 - 15:32
Man: اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
[Aku berlindung pada Allah dari syaitan yang direjam]
بسم الله الرحمن الرحيم
[Dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang]
السلام عليكم
[Kesejahteraan ke atas kamu]
Wak: وعليكم السلام
[Dan ke atas kamu juga keselamatan]
Daripada senarai:
1. merisik
2. bertunang
3. nikah
4. kenduri
5. beranak
Merujuk kbalik pada senarai di atas. Sekarang sampailah kita ke step - Kenduri kawin!
Man: Hah! Ada orang panggil dia - Reception - wak!
Wak: Bunyi hebat.
Man: Ye wak! Ini le part yang paling interesting sekali. Di sini le ada ramai orang yang dalam gaya cantik2!
- beina cantik pun ramai wak!
Wak: Hehehe. Yang cantik2 tu pun betina2 je. Yang jantan2 kureng... !
Man: Ok wak! Sekarang. Apakah persediaannya wak?
Wak: Aku bahagikan ia dalam 2 pesen
Man: 2 fesen! Fesen apa tu wak?
Wak: Kita tahu. Ada orang yang mampu. Dia orang akan buat:
- di dewan
Ada juga yang mampu juga tapi buat:
- di laman rumah
Man: Di dewan pun ada 2 kategori wak. Ada yang buat:
- di dewan seberguna aje - tak berapa standard sangat le
- di dewan kawin khas. Hendak2nya dalam hotel. Ini le yang paling glamour
Wak: Ok! Aku rasa engko pun dah faham tata-cara majlis kenduri kawin ni. Yang aku nak pesankan pada engko.
- diri engko yang jadi fotografer tu hendaknya sihat dan "lincah". Tak boleh sambil lewa aje. Tenaga mesti ada.
Man: Pasal wak?
Wak: Di sini le sebagai kemuncak upacara kawin.
Ok! Aku ringkaskan aje.
Kalo engko perhatikan baik2. Gambo kenang2an yang engko kena ambik. Boleh bermua dari:
- persediaan kepada majlis kawin. Persediaan sebelum kemuncaknya.
Man: Takkan emak-bapak pengantin tak kira belah betina atau jantan pun nak kena rekodkan. Banyak kerja ni wak?
Wak: Maksud kau.
- Mereka yang membuat bunga2 pengatin!
- Hadiah2 untuk tetamu yang hadir
- Persiapan pelamin
- bunga2
- hiasan dewan
semua kerja2 yang melibatkan kerja kawin le!
Man: Ye! Gitu le lebih kurang
Wak: Wah! Gitu le yang aku kata tadi. Kalo engko lincah. Ini yang mustahak
Man: Tapi wak! Itu dalam kes
- kalo kita kenal orang yang buat kerja kawin tu.
Tapi kalo kita ni hanya nak cover yang beso2 je. Tak perlu le step yang sebelum kerja utama!
Wak: Haah juga!
Maknanya sekarang. Apa2 pun. Engko dah pun boleh agak dan faham akan apa2kah yang akan berlaku dalam majlis perkawinan tu.
Man: Ye! Kita boleh cover dari pengantin tiba da masuk dewan atau majlis. Ini tak kira le seperti keadaan dalan dewan atau luo-nya.
Wak: Ye cover le:
- pengantin tiba
-- ada kompang ke
-- atau konon2 dengan cara moden. Mainkan muzik kawin aje
- pengantin bersanding
-- di ikuti dengan merenjis air mawar
-- dari kedua pihak lelaki dan perempuan
-- atau ada ke juga dari para jemputan khas
- makan berdamai
-- mungkin ada ucapan khas juga yang melibatkan pasangan tersebut semasa makan ni
- potong kek
-- eleh! Dah macam orang putih kawin pulak ye
- bergambo ramai2 dan bersurai
Man: Ohohoh - memang panjang listnya wak! Mana2 yang terlarat je le wak!
Wak: Baik!
Pendekkan cerita.
Dalam kelincahan engko tu. Ambil gambo sebanyak2nya pada:
- muka2 pengantin
- muka2 emak-bapak pengantin
- muka2 pengiring
- muka2 saudara mara
- muka2 para tetamu
Man: Kiranya ambil apa2 yang menarik hati kan wak! Saya nak tengok perempuan cantik wak!
Wak: Eh engko ni.
Seperti yang aku kata dulu. Gambo yang banyak sama ada cara candid atau secara formal.
- Ada baiknya untuk memenuhi cerita semasa majlis kawin ni.
Jadi:
- untuk album. Pilik yang cantek2 pada engko
- tapi untuk slide-show. Macam2 boleh isikan. Tapi limit-kan masanya jangan terlalu lama. Mungkin muat satu lagu!
Man: Kalo semua benda2 nak dimasukkan dalam album wak. Heh berapa muka album tu nanti jadinya. Jadi tebal nanti pulak.
Wak: Itu sebab. Engko kena ambik sebanyak mungkin. Cover sebanyak mungkin juga. Jadi:
- Gambo2 yang cantik sahaja yang patut masuk dalam album yang tebalnya sekitar
-- kalo zaman aku dulu. Pakai kamera filem dulu. Dalam 36 atau 72 gambo sahaja. Ini kerana kamera dulu kamera SLRnya cuma pakai filem 36 keping untuk 1 roll filem.
-- tapi pada zaman ini. Ambik le seberapa banyak pun tak kisah. Cuma nanti. Engko kena buat pilihan yang cantik2 aje dari gambo2 yang banyak tu.
Man: Ye! Saya rasa le wak! Kerja ambik gambo kawin ni wak. Memang hectic. Sentiasa ada je yang nak di ambik.
Wak: Ye. Itu yang aku kata tadi. Kena lincah:
- sekejap ke sana
- sekejap ke sini
- dah le nak cover pengantin banyak2
- gambo tetamu pun kena ambik juga sebagai kenang2an
Jadi kesimpulannya. Cuba engko sebut sikit pada aku!
Man: Fotografer kawin:
- kerjanya teruk
-- tak sempat nak makan pun banyak nak di cover.
Benda yang patut di-"cover"
- dari suasana mula majlis
- pengantin datang
- serta segala susuanan upacara
- hingga le kepada penutupnya sekali
Wak: Ye! Susunan acaranya memang aku tahu engko pun dah faham! Nampaknya tak payah diajo.
Jadi.
- Kalo engko dapat. cover le cara menyeluruh tetapi kalo dapat padat.
Nanti. Tentu le hasil yang engko dapat nanti. Boleh le memuaskan hati orang yang melihat hasil kerja engko tu.
Man: Ye wak. Saya rasa. Saya dah ada dalam hati apa ke benda2 yang saya nak ambil semasa majlis tu.
Wak: Pasal benda tu sememangnya dah macam standard je.
Baik.
Kalo gitu. Kita berenti le setakat ini aje.
أستغفر الله العظيم
aku mohon ampun dari Allah yang agong
لا حولا ولا قوة الا بالله
tiada kekuatan melainkan Allah
سبحان الله
- maha suci Allah
والحمدلله
- pujian kepada Allah
ولا إله إلا الله
- tiada tuhan menlainkan Allah
والله أكبر
- Allah amat besar
والله أعلم
- dan Allaah lebih mengetahui
إلى اللقاء
- sehingga bertemu lagi
Kenduri: https://dinobytes.info/v2/node/3066
Bertunang : https://dinobytes.info/v2/node/3026
Merisik : https://dinobytes.info/v2/node/3021
Persediaan : https://dinobytes.info/v2/node/3020
Categories:
